Pages

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, January 26, 2016

Maulidul rasul

Program office.. berarak & ceramah..

Monday, August 15, 2011

Malam lailatul qadar

Kebetulan jumaat baru nie den sembahyang kat masjid Assyakirin klcc & sebelum khutbah ustaz wan sohor bani leman beri tazkirah yang mana sekiranya puasa jatuh pada hari isnin maka malam lailatul qadar jatuh pada malam 21 & ini berdasarkan penyelidikan oleh imam alghazali. Walau bagaimana pun malam tu adalah ketentuan allah.. Moga ibadah puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelum ini
klcc

Tuesday, September 1, 2009

Beringat-ingat di bulan puasa - sembahyang

Malam tadi sembahyang terawih kat surau al kauthar & masa tazkirah peringatan yang diberi oleh imam amat sesuai untuk peringatan kita bersama di bulan puasa ini;
  1. Diingatkan semasa sembahyang berjemaah, makmum adalah perlu sentiasa mengikut akan perbuatan imam(elakkan ada seliseh dengan imam) kerana ada yang mengambil masa yang lama semasa sujud di akhir sembahyang kerana mengambil peluang untuk berdoa. Perkara ini boleh dilaksanakan semasa sembahyang bersendirian. Ada hadis berkenaan perkara ini.
  2. Bagi yang masbuk sembahyang perlu dipastikan ianya dimulakan dengan takbiratulihram barulah diikuti apa aktiviti imam(eg rukuk, sujud etc).
  3. Nabi Muhammad saw menjadi amalan baginda sebelum mengerjakan sembahyang berjemaah tidak makan bawang puteh bagi mengelakkan gangguan kepada makmum lain (gangguan untuk selang 2 atau orang dari baginda). Sekarang bagi makmum sekiranya semasa berjemaah terlupa off/mute talipon dan kiranya talipon berbunyi hendaklah off bunyi berkenaan kerana bunyi talipon boleh ganggu jemaah satu surau/masjid.

Friday, August 28, 2009

Ramadan Bulan Barakah..

Rasulullah S.A.W. bersabda, bermaksud:

"Apabila tiba bulan pertama Ramadan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan:
"Wahai orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah," Dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."

"Setiap manusia akan mendapat kebaikan selama mereka itu menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur."

"Ramadan bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaannya ketika dilahirkan daripada perut ibu."

"Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadan akan diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di dalamnya (Ramadan) tidak kecewa."

Thursday, August 27, 2009

Beringat-ingat di bulan puasa - sujud sahwi

Untuk rakan-rakan mungkin yang sudah lupa niat untuk sujud sahwi & panduan kita bersama di bulan ramadan. Petikan dari State Mufti office Brunei;

Kayfiyyah (Cara Melakukan) Sujud Sahwi

Dalam mazhab as-Syafie, sujud sahwi dikerjakan setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam dan wajib berniat untuk melakukan sujud sahwi dalam hati.

Caranya ialah sama seperti sujud yang biasa kita lakukan dalam sembahyang iaitu sebanyak dua kali sujud dan di antara keduanya duduk di antara dua sujud. Kemudian selepas selesai dua kali sujud barulah memberi salam.

Disunatkan untuk membaca ketika dua sujud sahwi tersebut bacaan tasbih berikut:

Maksudnya: "Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lalai"