Pages

Saturday, August 8, 2009

Tempah baju melayu

Fahim & Firas mulanya pakai mask tapi sekejap aja dah sibuk rimas/panas so buka ajalah. Start dengan pergi Jakel cari kain untuk wife, so now kita dah boleh beli kain dengan mamak muslim tak macam Gulatis(Hindu)..





Dah lepas pergi beli kain wife yang lamanya akhirnya gi tempah baju kat Kas Taylor memang dah regular customer tiap tahun & sampai2 ramainya orang tengah tempah or beli baju melayu yang dah siap. Tahun nie warna baju kita orang oppss rahsia dulu..




Dah lepas tempah baju melayu terus gi Sogo makan McD & lepak kejap kat esprit outlet(fahim dah boring dok melepak depan pintu kedai aja) maju junction




Singgah kejap kat GS Gill tapi sekarang dah tak semeriah dulu2 kerana harga offer dia sekarang dah tak semurah macam dulu.. Dulu den suka beli towel GILL tapi sekarang dah tak ada.. Tapi singh nie masih dapat bertahan walau pun dah macam2 shopping complex yang baru buka.. Kalau dulu singh nie sole agent untuk barangan adidas di malaysia/singapore but now tak tahulah pula..


Cuaca hari nie memang cantik dah tak ada jerebu & kat KL dah mula bangunan pasang bendera malaysia untuk persediaan menyambut merdeka