Pages

Tuesday, July 24, 2012

17June2012 Bah Meninggal Dunia

Sudah sebulan den tak update blog nie dan bah sudah meninggal sebulan++. Bah meninggal tepat jam 11.30am di hadapan emak,zan,kakak,farah,zamani dan razak dalam keadaan yang cukup tenang. Den masa itu sudah keluar rumah untuk ke puduraya untuk hantar angah balik ke ipoh. Den sampai ke pekan dalam pukul 3.30++pm dan sempat menatap bah buat kali terakhir di rumah dan an sampai rumah tapi jenazah sudah diangkat untuk dibawa ke van. Shahrin & iman sampai selepas solat asar.. Shahrin, an, iman dan cucu2 bah sempat menatap buat kali terakhir ditanah perkuburan jln tok tuan sebelum jenazah disemadikan. Den, shahrin dan iman menyambut jenazah dalam liang lahad dan Jeh anak saudara bah membacakan talkin.. Moga bah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. amin..
Gambar semua dari htc one x aja..



Malam pertama majlis tahlil dipimpin oleh razak hubby kakak.. tq


Hari kedua tahlil dipimpin oleh imam masjid pekan iaitu imam zakaria dan ke tiga imam masjid kg mengkasar

Makan buffet hari kedua..


Makan buffet hari ketiga.. 




Hari ke-4 pusara Bah..