Sunday, July 26, 2009

Alamanda

Today petang gi alamanda tapi jalan nak masuk ikut north wing tutup coz parking dah penuh.. Lalu jalan belakang & masuk ikut south wing. Cadang nak cari groceries kat carrefour tapi masuk dalam trolley dah habis kutu pakai(orang ramai sangat or trolley sikit). Last beli apa yang boleh capai tangan aja. Balik singgah pasar malam cari rojak & nasi campur..Nampaknya esok kena gi tesco or billion..

Monday, July 20, 2009

MU at Bukit Jalil (MU 3 M'sia 2)

17.7.09 dapat tiket wife kasi & petang lepas office terus shoot ke Bukit Jalil tengok MU training & jammed giler start dari Endah Parade lagi..Dah lama tak masuk stadium since Commonwealth games 1997(alamak dah 12 tahun).




18.7.09 pergi bandar tasek selatan & naik LRT terus ke bukit jalil stadium.. Dalam LRT rakyat MU dengan jersey/t'shirt merah & really happening..Ok naik LRT tak perlu susah2 jam kat area bukit jalil



Lens den bawa 55-250mm tak cukup bagus nak tarik gambar..Nampaknya kena cari pula lens at least 400mm macam gambar yang kat bawah nie. Tapi pada tak ada kira oklah tu..kat dalam stadium nampak ramai yang pakai kit lens aja(nampaknya ambil gambar stadium & orang ajalah..oppss).


5.25pm MU & M'sia masuk padang..Team M'sia & MU masuk macam kat EPL ada stye tapi times ambil gambar kesian team m'sia semua camera man dok fokus kat MU aja.. Lineup MU nampak bersungguh start masuk dengan van der sar, patrick evra, rio ferdinand(capt), anderson, berbatov, rooney(ramai fan dia nie), nani, o'shea, evans & gibson.. Lepas tu masuk ganti owen, gigg & yang lain dah tak tau dah..




Van Der Sar keeper MU dah 39yrs old tapi maintain masih slim.. Tinggi 1.96m & berat 84kg. Apa petua mamat nie.


1st try dari malaysia free kick & MU from corner.. 10minit sebelum wisel penamat den cabut & terus ke LRT station.. alhamdulillah orang tak ramai sangat lagi tapi LRT dah penuh juga..singgah surau al-kautsar & terus ambil nasi goreng dah order kat hot station - jumpa khairi & kak yah tengah berdating..

Monday, July 13, 2009

Bola baru..

Bola Nike nie dapat bertahan hampir setahun & dua hari lepas terkopek 2 panel tapi masih tidak bocor..Malam tadi pergi Al-Ehsan & grab bola adidas pula & harap2 boleh bertahan lagi setahun..Dulu beli bola tak dapat bertahan lama & now tahu trick beli bola futsal coz tak boleh bump so chances nak pecah lambat sikit.. Bola untuk angah, firas & fahim main kat padang rumah

Transformer

Hari nie Firas complete kumpul semua watak transformer yang jual kat Petronas & asyik merengek sampailah dapat semua..Dah dapat puas hati..Termasuk yang beli masa kat pahlawan mall melaka tempohari.. Minggu lepas tengok movie kat Berjaya Times lepas missed minggu pertama kerana lewat book. Sekarang dah senang boleh booking kat rumah aja & terus pilih seat mana nak duduk..




Japanese Garden Bukit Tinggi

Hari last kat Bukit Tinggi sebelum balik singgah Japanese Garden & kat sini lebih nyaman dengan hutan, lanskap yang terjaga dan deruan air terjun yang dibina cantik(pakai pump bukannya natural)..





Lepak kejap kat rumah jepun nie & kalau ikut mek jepun rumah nie harganya hampir mencecah $3juta kerana semua bahan binaan & tukang diimpot khas dari jepun.. Gambar nie antara geng JKR & kontraktor.. En Suhaini & Fadil sedang bagi ikan koi makan pelet..


Thursday, July 9, 2009

Colmar Bukit Tinggi

Waktu malam agak sejuk & gambar fountain nie ambil jam 10.40pm dengan exposure 30second.. 3D2n kat Colmar tak ada apa yang menarik..





Malam ada show acrobatic dari China & fantastic walau pun nie mungkin gred C or D dari China. Mamat nie boleh main bola basketball melekat macam ada glue & pelbagai aksi lain..



Bengkel kat Colmar 1st day.. Cuaca tak sejuk macam genting or cameron..
Untuk bercuti bawa family tak sesuai coz tiada yang menarik kecuali
rekabentuk perancis yang ada & sesuai untuk ambil gambar aja..

Monday, July 6, 2009

X-Trail nissan

Kereta projek den untuk dua projek yang kena cover..Ada kereta nie mudah sikit masuk site kat off-road..

Thursday, July 2, 2009

Balik Pekan..

Baru2 nie balik pekan & hala balik ke KL jammed gila dari bukit tinggi hingga gombak..

Wednesday, July 1, 2009

Bibik balik Surabaya - LCCT airport

Bibik dah dengan kami sejak firas belum lahir & sampai firas 5 tahun, & now firas sudah 10yrs.. Firas amat manja dengan bibik walau pun lepas bibik dah pindah ke pekan kerana jaga emak mertua den. Semua anak2 den hinggakan yang sulung masih rapat dengan bibik dan hari ini 30.6.09 merupakan hari terakhir bibik di Malaysia kerana lepas nie mungkin tak dapat jumpa lagi..Gambar nie sejam sebelum bibik flight..Along tak joint kerana masih ada minggu suaikenal kat UITM..