Sunday, August 30, 2009

CIMB

CIMB pakai mascot sotong..Anak den dah dapat collect 4 ekor sotong cimb..

Friday, August 28, 2009

Ramadan Bulan Barakah..

Rasulullah S.A.W. bersabda, bermaksud:

"Apabila tiba bulan pertama Ramadan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan:
"Wahai orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah," Dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."

"Setiap manusia akan mendapat kebaikan selama mereka itu menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur."

"Ramadan bulan yang diwajibkan Allah puasanya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaannya ketika dilahirkan daripada perut ibu."

"Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadan akan diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di dalamnya (Ramadan) tidak kecewa."

Puasa kat Pekan Part 2..

Pergi bazar ramadan dah kat kul 7pm & meriahnya dengan pelbagai kueh yang best2 & murah. 1st day puasa cuaca mendung aja kat pekan & sunguh nyaman.

Pekan sekarang sudah ada plant Mercedes & dengarnya assemble mercedes E-class. Kat sini juga ada pasang suzuki swift, army tank, army truck etc..


2nd day puasa - dari Pekan keluar agak lewat & sampai highway kat gambang cuaca dah gelap nak hujan macam sudah 7pm. Singgah kat R&R Temerloh 7.22pm & terus bawa bekal yang beli kat bazar ramadan & cempedak goreng yang mak bekalkan, & terus buka puasa hmmm marvelous. Gambar x cantik pakai P&S camera aja.


Thursday, August 27, 2009

Beringat-ingat di bulan puasa - sujud sahwi

Untuk rakan-rakan mungkin yang sudah lupa niat untuk sujud sahwi & panduan kita bersama di bulan ramadan. Petikan dari State Mufti office Brunei;

Kayfiyyah (Cara Melakukan) Sujud Sahwi

Dalam mazhab as-Syafie, sujud sahwi dikerjakan setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam dan wajib berniat untuk melakukan sujud sahwi dalam hati.

Caranya ialah sama seperti sujud yang biasa kita lakukan dalam sembahyang iaitu sebanyak dua kali sujud dan di antara keduanya duduk di antara dua sujud. Kemudian selepas selesai dua kali sujud barulah memberi salam.

Disunatkan untuk membaca ketika dua sujud sahwi tersebut bacaan tasbih berikut:

Maksudnya: "Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lalai"

Saturday, August 22, 2009

1st day puasa balik kampung - 22.8.09

Beg semua dah ready untuk balik Pekan..Balik satu hari aja tapi beg macam balik lama juga. Firas macam biasa dah siap lepas sembahyang subuh. Balik kampung 6.45am sharp dah berangkat. Sekarang budak dah besar2 tak susah sangat nak kejut sahur dan bersiap.. Selamat Berpuasa..




Monday, August 17, 2009

MC..

Hari nie duduk rumah aja MC selepas balik dari sabah hampir seminggu..Badan rasa tak selesa selepas demam & lepas jumpa doktor alhamdulillah hanya demam biasa. Nanti badan dah ok den akan upload gambar masa kat sabah. Seronok gi sabah especially sea food yang murah & fresh..

Saturday, August 8, 2009

Tempah baju melayu

Fahim & Firas mulanya pakai mask tapi sekejap aja dah sibuk rimas/panas so buka ajalah. Start dengan pergi Jakel cari kain untuk wife, so now kita dah boleh beli kain dengan mamak muslim tak macam Gulatis(Hindu)..





Dah lepas pergi beli kain wife yang lamanya akhirnya gi tempah baju kat Kas Taylor memang dah regular customer tiap tahun & sampai2 ramainya orang tengah tempah or beli baju melayu yang dah siap. Tahun nie warna baju kita orang oppss rahsia dulu..




Dah lepas tempah baju melayu terus gi Sogo makan McD & lepak kejap kat esprit outlet(fahim dah boring dok melepak depan pintu kedai aja) maju junction




Singgah kejap kat GS Gill tapi sekarang dah tak semeriah dulu2 kerana harga offer dia sekarang dah tak semurah macam dulu.. Dulu den suka beli towel GILL tapi sekarang dah tak ada.. Tapi singh nie masih dapat bertahan walau pun dah macam2 shopping complex yang baru buka.. Kalau dulu singh nie sole agent untuk barangan adidas di malaysia/singapore but now tak tahulah pula..


Cuaca hari nie memang cantik dah tak ada jerebu & kat KL dah mula bangunan pasang bendera malaysia untuk persediaan menyambut merdeka


5.8.09 birthday fahim

Today birthday fahim yang ke-12 & dia nak hadiah buku spy.. Dia nampak buku spy masa lepak kat MPH mid valley sebelum nie.. So sabtu nie bolehlah pergi ke midvalley. Malam sebelum tidur den buat card birthday dia & dah boleh print pakai pixma baru..




Thursday, August 6, 2009

Printer Canon MP145

Printer den MP110 yang amat membantu untuk photocopy(terutama kerja sekolah budak2), scan & prints dah kaput setelah pakai hampir 2 tahun(cost ink mahal & selang dengan imitation ink).. So beli model baru MP145 dan kali nie beli dengan dakwat kat tepi dan kalau ikut salesman tu ianya amat tahan lama & tak payah sibuk nak beli ink kerap.. Dakwat kat tepi tu boleh letak ink black, cyan, magenta & yellow hampir 100ml setiap satu berbanding ink asal hanya 8ml setiap satu.. Jimat maa.. Den selalu print gambar borderless..