Monday, August 17, 2009

MC..

Hari nie duduk rumah aja MC selepas balik dari sabah hampir seminggu..Badan rasa tak selesa selepas demam & lepas jumpa doktor alhamdulillah hanya demam biasa. Nanti badan dah ok den akan upload gambar masa kat sabah. Seronok gi sabah especially sea food yang murah & fresh..

Waktu Solat

Hits

Photography Tips

The best tips on lighting/flash NEIL

EPL

Utusan Malaysia

My Gear..

Canon 40D
Canon 600 EX RT
Canon Speedlite 420Ex
Dell XPS
Seagate FreeAgent 320Gb
Garmin Nuvi200 - sold
Olympus backpack
Tripod

My Dreams
3. Canon 100 f2.8 macro
4. Tamron P90mm f2.8(macro)
5. Canon EF100-400 f4.5-5.6L
6. Manfrotto tripod

Index

Blog Archive

Alangkah tenangnya titisan embun di pagi hari ciptaan allah yang maha agung..

Terjemahan Quran

Moga allah memberkati bagi orang yang membangunkan web bagi terjemahan ini.. Al-Quran

Demi Masa..

وَالْعَصْرِ

إِنَّ الإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

إِلاَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Demi masa!" (ayat 1). Atau demi waktu `Asar, waktu petang hari seketika bayang-bayang badan sudah mulai lebih panjang daripada badan kita sendiri, sehingga masuklah waktu sembahyang `Asar. Maka terdapatlah pada ayat yang pendek ini dua macam tafsir.

Syaikh Muhammad Abduh menerangkan di dalam Tafsir Juzu' `Amma bahwa telah teradat bagi bangsa Arab apabila hari telah petang[1], mereka duduk bercakap-cakap membicarakan soal-soal kehidupan dan ceritera-ceritera lain yang berkenaan dengan urusan sehari-hari. Kerana banyak percakapan yang melantur[2], keraplah kejadian pertengkaran, bersakit-sakitan hati sehingga me­nimbulkan permusuhan. Lalu ada yang mengutuki waktu 'Asar (petang hari), mengatakan waktu 'Asar waktu yang celaka, atau naas[3], banyak bahaya terjadi di waktu itu. Maka datanglah ayat ini memberi peringatan "Demi 'Asar", per hatikanlah waktu 'Asar. Bukan waktu `Asar yang salah. Yang salah adalah manusia-manusia yang mempergunakan waktu itu dengan salah. Memper gunakannya untuk bercakap yang tidak tentu hujung pangkal. Misalnya bermegah-megah dengan harta, memuji diri, menghina merendahkan orang lain. Tentu orang yang dihinakan tiada terima, dan timbullah silang sengketa.

Lalu kamu salahkan waktu 'Asar, padahal kamulah yang salah. Padahal kalau kamu percakapkan apa yang berfaedah, dengan tidak menyinggung perasaan teman dudukmu, tentulah waktu `Asar itu akan membawa manfaat pula bagimu

MyFlickr2