Thursday, August 27, 2009

Beringat-ingat di bulan puasa - sujud sahwi

Untuk rakan-rakan mungkin yang sudah lupa niat untuk sujud sahwi & panduan kita bersama di bulan ramadan. Petikan dari State Mufti office Brunei;

Kayfiyyah (Cara Melakukan) Sujud Sahwi

Dalam mazhab as-Syafie, sujud sahwi dikerjakan setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam dan wajib berniat untuk melakukan sujud sahwi dalam hati.

Caranya ialah sama seperti sujud yang biasa kita lakukan dalam sembahyang iaitu sebanyak dua kali sujud dan di antara keduanya duduk di antara dua sujud. Kemudian selepas selesai dua kali sujud barulah memberi salam.

Disunatkan untuk membaca ketika dua sujud sahwi tersebut bacaan tasbih berikut:

Maksudnya: "Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lalai"